BAB -12 KE BUMI KENYALANG
DAN KOTA PONTIANAKDia sudah sampai di Sarawak Bumi Kenyalang. Negeri yang penuh
dengan cerita-cerita misteri. Negeri yang mempunyai dua puluh tujuh
suku kaum seperti Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain
dengan bahasa dan budaya hidup yang berbeza. Keindahan negeri ini
diserikan lagi dengan adanya flora dan fauna yang unik untuk dinikmati.
Azlan sempat membaca serba sedikit tentang Negeri Sarawak itu dari The
Inflight Magazine of Malaysia yang terdapat di setiap tempat duduk
penumpang sebelum pesawat Boeng 737 MH 2515 dari Kuala Lumpur
International Airport itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuching.
Buat sementara waktu dia menumpang di rumah Rahman seorang
yang peramah dan senang untuk berbicara. Masih bujang dan telah lima
tahun menjadi tenaga pengajar di institut itu. Selama berada di Bandaraya
Kuching banyak juga tempat-tempat yang menarik telah dikunjungi
bersama Rahman terutamanya tempat-tempat makan yang berselerakan
di merata tempat seperti di Pangkalan Sapi, Medan Selera Jalan Istana,
Sukma Ria, Semarak, Kubah Ria,gerai makan Bina Mara, Jalan
Santubong dan lain-lain lagi.
“ Lan, empat hari lagi cuti semester, aku nak balik ke
Semenanjung. Hang macam mana?” Tanya Rahman dengan pelat
Kedahnya memecahkan suasana ketika mereka sedang menonton
televisyen siri Warna-warna Malaysia yang menceritakan tentang tempat-
tempat menarik di Negeri Sarawak.
“ Aku bercadang nak pergi ke Pontianak,”
“ Pontianak, Indonesia?”
“ Yalah,kenapa?”
“ Berani hang nak pi sana sorang-sorang?”
“ Takut apa, bukannya aku nak pergi jumpa hantu,”
“ Habis hang nak cari apa di sana tu,”
“ Nak… cari ini haa, tengok ni,”
“ Puuh! Patutlah ! mana hang jumpa gambar pontianak yang
comel ni?”
“ Di Adelaide lah !”
“ Jauh jugak dia berjalan,sampai ke sana ? Tak sangka aku.”
“ Kan sekarang ni kita boleh berada di mana-mana dengan sekali
klik saja….dunia tanpa sempadan, takkan itu pun tak tahu ?”
“ Ok lah tu , tapi apa nama cewek hang tu ?”
“ Kartika Panelo Badjuri ”
“ Orang Fhilipina ke ?”
“ Tak … dia orang Indonesia ”
“ Habis tu kenapa ada Panelo ?”
“Datuknya orang Fhilipina jadi tak hairanlah dia dinamakan
begitu.”
“ Lan kalau hang rasa dah tak mau lagi dekat dia, bolehlah hang
pass dekat aku pulak…”
“ Oii Man, engkau jangan lebih-lebih pula, ini pontianak yang
educated tau bukan sebarangan,”
“ Oklah kawan, aku cuma nak melawak saja dengan hang, kalau
hang nak pi dekat sana juga, semua itu tak menjadi masalah. Naik saja
bas ekpress dari terminal bas Kuching dan lebih kurang lapan jam
perjalanan hang dah sampai dekat sana,”
“ Mana engkau tahu?”
“ Oii, hang belum dilahirkan lagi aku dah sampai dekat sana tu!”
Rahman berkata dengan ketawa yang mengusik.Azlan mencebikkan
mulutnya.
“ Baiklah kalau begitu, hari Sabtu nanti tolong hantar aku ke
terminal bas tu, aku nak pergi sana, boleh tak?” tanya Azlan sambil
mengadap mukanya tepat ke muka Rahman.
“ Bisa saja pak!” sahut Rahman dengan pelat Indonesianya.
Gurauannya itu menyebabkan Azlan turut ketawa senang.
Semalaman Azlan tidak dapat melelapkan matanya. Makin
dipejam makin terbayang wajah ayu itu. Dia akan mengejutkan Kartika
sebaik sampai di sana nanti. Dan dia akan membuktikan bahawa dia
adalah seorang yang tidak mungkir janji.
* * * * * *
Hari Sabtu jam 9.30 pagi seperti yang dijanjikan, Azlan awal-awal
lagi telah dihantar ke terminal bas oleh Rahman. Dia menaiki bas P.B.
Ekspress menuju ke Tebedu iaitu Pos Imigresen Sempadan Malaysia dan
Indonesia. Setiba di sana paspot antarabangsanya diteliti dan dicop
keluar. Kemudian dia terpaksa berjalan kaki lebih kurang 300 meter untuk
ke Pos Imigrasi Entikong Indonesia. Sekali lagi paspot antarabangsanya
diteliti dan dicop masuk oleh pihask imigrasssi Indonesia. Urusan di situ
tidak banyak karenah.
Semuanya berjalan dengan teratur. Di luar kawasan kantor
imigrasi itu terdapat beberapa orang muda Indonesia dengan ragam
masing-masing kalut merayau-rayau mencari kalau-kalau ada penumpang
yang akan menukar mata wang Ringgit kepada mata wang Rupiah.
“ Kalau you nak tukar wang Rupiah baik tukar sedikit sahaja. Di
sini tukarannya agak tinggi. Tetapi kalau sudah sampai di Kota Pontianak,
wang tukarannya akan menjadi lebih rendah dan kita akan untung
lebih. Contohnya Rm 100.00, bersamaan dengan 250,000.00. Rupiah, dan
kalau you tukar Rm 300, you akan dapat 750,000. 00 Rupiah. Itu sudah
cukup untuk menyewa hotel tiga bintang dan makan enak-enak di sana
selama dua hingga tiga hari,” terang Alvin Lee seorang penumpang yang
duduk disebelah Azlan di sepanjang perjalanan ke Kota Pontianak itu.
Azlan menurut sahaja cadangan kenalan barunya itu. Sepanjang
perjalanan itu Azlan banyak juga mendapat maklumat mengenai negeri
yang akan dikunjunginya daripada Alvin Lee. Dia adalah seorang
usahawan yang berulang alik dua minggu sekali antara Kota Pontianak
dan Bandaraya Kuching.
Kadang-kadang dia akan menaiki pesawat atas urusan yang perlu
disegerakan.
“ Dulu I takut untuk naik bas, sebab pergaduhan di antara Kaum
Madura dan Kaum Dayak di sini. Banyak nyawa yang telah terkorban
sehinggalah Kaum Madura dihalau keluar dari Kalimantan. Sekarang
semua dah ok, tak apalah,” terang Alvin sambil mengangkat buntutnya
untuk menuruni bas yang berhenti seketika di Pekan Ngabang. Pekan
yang menjadi tempat singgahan bagi bas-bas ekspress dan pelancong-
pelancong sebelum sampai ke Kota Pontianak.
Tidak banyak kedai yang menyediakan makanan Islam di pekan
Itu. Azlan sempat membilang dengan bola matanya. Terdapat cuma dua
buah kedai makanan Islam dan selebihnya adalah kedai runcit dan kedai
makanan untuk orang-orang yang bukan beragama Islam. Tidak sukar
untuk mengetahui samada kedai makanan tersebut boleh dikunjungi oleh
orang Islam atau tidak kerana di hadapan kedai-kedai yang bukan
beragama Islam akan terdapat papan tanda yang tertulis besar dan terang
dengan perkataan : KHUSUS DAGING BABI . Melihat daripada tulisan
itu sahaja, Azlan cepat-cepat berpindah ke kedai makanan Islam dengan
hidangan nasi padangnya yang lazat.
Setelah empat puluh lima minit berlalu, perjalanan itu diteruskan
semula. Dan Azlan hanya banyak melemparkan pandangan keluar
tingkap. Mata belum terasa mengantuk. Alvin Lee sudah tertidur
kekenyangan di sebelahnya. Perbezaan begitu ketara di antara jalan raya
yang terdapat di Bandaraya Kuching dengan apa yang sedang di-
tempohinya pada masa itu. Jalan rayanya lebih kecil dengan selekoh-
selekoh tajam dan permukaan jalan yang berlopak-lopak tanpa jagaan
yang rapi. Sesekali bas yang dinaikinya berselisih dengan bas-bas yang
sarat dengan penumpang-penumpang. Sehingga ada di antara mereka
yang sanggup berada di atas bumbung dengan hanya duduk berpaut pada
keluli tempat simpanan barangan yang diskrukan di sekeliling bumbung
bas itu. Jalan-jalan yang bengkang bengkok dan berlopak itu juga
menyebabkan sesetengah penumpang daripada kalangan kanak-kanak
muntah kerana kepeningan dan mabuk.
Di dalam perjalanan itu kelihatan juga kawasan-kawasan yang
penuh sesak dengan rumah-rumah yang pelbagai jenis apabila bas
melimpasi pekan-pekan kecil di sana. Walaupun rumah-rumah tersebut
tidaklah sebesar dan secantik rumah-rumah banglo di Kuching, tetapi
mereka seharus merasa bangga dengan parabola-parabola yang tercacak
di bumbung-bumbung rumah mereka untuk menerima siaran televisyen
dari luar negara.
Rumah-rumah itu juga kebanyakannya dibina dengan
menggunakan kaedah simen ferro. Iaitu gabungan di antara bahan simen
dan pasir yang gaulkan hingga sebati dan kemudiannya dilepa setebal 25
mm pada kerangka kayu yang telah dipakukan dengan jejaring dawai.
Dengan penggunaankaedah tersebut pembinaan rumah akan dapat
disiapkan dalam jangka masa yang lebih cepat dan lebih ekonomi.
Jam 6.00 petang bas yang mereka naiki itu sudahpun berada di
tengah-tengah Kota Pontianak. Azlan dapat merasakan betapa sesaknya
kota itu dengan populasinya yang ramai. Beca, mobil dan motorsikal
kelihatan bersimpang siur menjalari jalan rayanya. Pejalan-pejalan kaki
juga berantaian dan berpusu-pusu memenuhi gedung-gedung membeli
belah semasa Azlan melimpasi sebuah bangunan Pasaraya Matahari yang
tersergam indah. Ssebaik sampai di terminal bas ekspres Pontianak, Alvin
Lee yang sudah biasa dengan selok- belok kota itu memanggil sebuah
mobil Kijang untuk membawa Azlan ke tempat penginapan sebelum dia
sendiri menghilangkan diri dengan tidak memberitahu arahnya. Lebih
kurang lima belas minit perjalanan mobil tersebut berhenti di depan hotel
yang dimaksudkan.
“ Berapa tambangnya pak?”
“ 25,000.00 Rupiah,”
Azlan membelek-belek Wang Rupiah yang digenggamnya itu.
Diperhatikannya dengan teliti agar jumlahnya betul dan cukup untuk
tambang yang dikehendaki.
“ Ini wangnya pak,”
“ Terima kasih,”
Dengan membimbit beg pakaian dia menuju ke arah pintu hotel
yang sudah ternganga menanti ketibaannya.
“ Selamat sore pak,” ucap penyambut tetamu sebaik sahaja Azlan
menghampirinya di kaunter.Senyumannya makin melebar.
“Ya, selamat sore,”
“ Tentu bapak mahukan bilik, harga sebuah bilik sederhana besar
cuma 210,000.00 Rupiah setelah potongan harga empat puluh
peratus.Lengkap dengan televisi dan berhawa dingin lagi,” terang
penyambut tetamu itu sebelum sempat Azlan membuat pertanyaan.
“ Kalau begitu saya setuju,” balas Azlan.
Azlan beredar ke lif untuk menuju ke bilik 1105 di aras satu. Dia
berasa selesa di situ. Berbaloi dengan harga yang dikenakan. Biliknya
juga setanding dengan hotel-hotel yang pernah ditumpanginya sebelum
itu samada di Kuala lumpur, Ipoh dan bandar-bandar besar lain di
Semenanjung Malaysia.
Azan maghrib berkumandang sayup. Selepas mandi dan
menunaikan solat, Azlan merehatkan dirinya seketika di atas
tilam yang empuk itu sambil membuka dompet duitnya untuk mencari
nombor telefon dan alamat tempat tinggal Kartika. Gagang telefon
diangkat dan didail beberapa kali. Selepas empat kali nada deringan
didengar barulah telefon itu dijawab.
“ Hello, Yuni di sini, mahu ngomong sama siapa!”
“ Apa bisa saya ngomong sama Kartika?
“ Sebentar ya,”
Telefon itu dibiarkan diam seketika. Yuni berlari pantas ke ruang
dapur mendapatkan kakaknya yang sedang memasak untuk hidangan
malam itu. Lama Azlan menunggu dengan penuh debar.
“ Hello, Kartika di sini….errr! mualaikum salam maaf kerana lama
menunggu, saya agak repot di dapur,”
“ Apa masih kenal dengan saya?”
“ Siapa ya?”
“ Kok sudah lupa sama saya? ,”
“ Benar, saya tidak bisa mengenali suaranya, maafkanlah saya,”
“ Adakah Kartika akan mengenali saya bila kita ketemu nanti?
“ Saya sendiri tidak pasti,”
“ Masih ingatkah anda dengan sekuntum bunga kristal dan
sebentuk cincin opal ?”
“ Oh!! Aduh, Azlan rupanya….! maafkan Ika….benar, saya
langsung tidak menyangka. Azlan di mana sekarang ? Di Malaysia ya?”
“ Tidak, tapi cuba terka…”
“ Di mana ya?”
“ Sebenarnya saya sudahpun berada di Kota Pontianak. Di hotel
Mahkota,”
“ Kok kalau begitu, tempatnya tidak jauh dari sini sekitar dua
puluh minit perjalanan sahaja dengan menaiki mobil. Apa pun tunggu
sahaja di lobinya. Ika akan ke sana untuk menjemputmu. Nanti kita bisa
makan malam bersama-sama, tunggu ya!”
Belum pun sempat Azlan meneruskan percakapannya, gagang
telefon itu telah diletakkan oleh Kartika. Azlan bingkas bangun
mengenakan bajunya dan dia bergegas pula menuruni tangga untuk ke
lobi seperti yang diarahkan oleh Kartika. Di sudut yang agak romantik itu
Azlan menunggu Kartika dengan sabar dan debar. Dia begitu rindu untuk
menatap wajah ayu yang sekian lama tidak ditatapinya. Menepati masa
yang dikatakan itu, sebuah mobil jenis Kijang kelihatan berhenti di
hadapan hotel itu. Dari jauh Azlan sudah nampak akan kelibat Kartika
yang berseluar jean warna biru. Warna kegemarannya.
Kartika melangkah masuk melalui pintu hadapan yang telah dikuak oleh
penyambut tetamu. Matanya liar mencari jejaka yang dinantikan selama
ini. Azlan yang agak terlindung daripada pandangannya tiba-tiba muncul
di hadapannya.
“ Hai Ika,”Azlan menyapa Kartika dengan senyuman yang
memperlihatkan rasa rindunya yang hampir terubat.
“ Hai Azlan, kenapa tidak bilang siang-siang mahu ke mari?
Tanya Kartika sambil menyambut tangan Azlan untuk bersalaman.
Senyumnya yang sentiasa terukir itu membuatkan hati Azlan riang.
“ Aku sengaja mahu mengejutkan engkau?” kata Azlan sambil
mencubit lembut pipi Kartika. Mereka kemudiannya menaiki mobil
Kijang yang dipandu oleh Kartika sendiri.
“ Mujur papa tidak menggunakan mobilnya malam ini kalau tidak,
tentu Ika akan memanggil teksi untuk menjemput mu,” kata Kartika
sebaik sahaja membelok mobil Kijang itu ke lorong yang agak suram
kerana kekurangan lampu jalan.
“ Di sinilah tempat tinggal Ika. Sebuah rumah yang banyak
menyimpan cerita perit jerih kehidupan,” terangnya ketika
memberhentikan mobil yang berwarna gelap hitam itu.
Azlan melangkah turun dari mobil dan sejurus itu juga dia
terpandang seorang lelaki dalam lingkungan umur enam puluhan berdiri
di muka pintu rumah itu. Dari sinaran cahaya lampu di beranda, Azlan
dapat melihat susuk badan orang itu. Dia kelihatan masih tegap berdiri
dengan kumisnya yang lebat keputihan memandang ke arah mereka.
“ Itu dia papa sedang menunggu kita,mari Ika kenalkan
kepadamu,”
Kartika meluru dan mencium tangan papanya. Azlan agak
gementar menghadapi suasana pada ketika itu. Tetapi dia memberanikan
dirinya.
“ Inilah Azlan yang Ika ceritakan itu papa,” ucap Kartika sebaik
sahaja melepaskan tangan papanya.
“ Assallamualaikum pak ,” sapa Azlan apabila mendekati Haji
Badjuri yang berserban putih melingkari kepalanya.
“ Muaalaikumusallam, anak ini dari Malaysia ya ?” Soal Haji
Badjuri merenung tepat ke mata hitam Azlan.
“ Ya pak,” sahut Azlan mengukir senyum sambil menjabat tangan
Haji Badjuri. Genggaman tangan yang begitu erat sekali. Haji Badjuri
tersenyum lebar. Dan dengan senyumannya itulah debaran di dada Azlan
telah berkurangan.
“ Masuklah dan silakan duduk,” pelawa Haji Badjuri penuh hormat
sambil duduk di kerusi yang penuh dengan ukiran bunga di sisinya.
“ Kenapa tidak bilang dari awal-awal mahu ke mari?” Tanya Haji
Badjuri. Terpancul lagi soalan yang sama seperti Kartika tadinya.
“ Saya tidak mahu menyusahkan Kartika dan selain itu hanya
mahu mengejutkannya, maafkan saya pak,” kata Azlan .
“ Tidak ada sesuatu yang menyusahkan bagi kami di sini. Lebih-
lebih lagi kalau untuk menyambut kedatangan tetamu. Kerana itu adalah
sebaik-baik amal,” kata Haji Badjuri sambil menghisap rokok
kereteknya.Kepulan asapnya kadangkala mewangikan lagi ruang tamu
dirumah itu.
“ Yuni ! ke mari, kakak mahu kenalkan engkau dengan Mas
Azlan,” Kartika memanggil adiknya yang kelihatan malu-malu untuk
bertemu dengan Azlan. Yuni mendapatkan kakaknya yang duduk
berhadapan dengan Azlan.
“ Inilah mas Azlan seperti yang Yuni lihat dalam gambar itu,” kata
Kartika sambil menarik tangan adiknya yang baru berusia sepuluh tahun.
Dan sedang belajar di kelas 4 Sekolah Dasar. Yuni hanya tersenyum
malu. Dia bersalam dan mencium tangan Azlan setelah memandang ke
arah papanya.Wajahnya juga comel seperti kakaknya Kartika. Bisik hati
Azlan.
Haji Badjuri memerhatikan Yuni dengan senyuman juga sambil
menyedut lagi asap kereteknya itu.
“ Semasa Kartika ke luar negara, Yuni saya tinggalkan di rumah
pamannya. Abangnya Karno sibuk pula menguruskan tokonya di kota.
Hari-hari bila pulang dari ceramah dan usrah saya akan menjemputnya
pulang ke rumah, tetapi sekarang tidak lagi. Dia sudah besar, sudah
pandai mengurus diri sendiri walaupun tanpa ibunya ,” celah Haji Badjuri.
Yuni menerpa ke pangkuan papanya dengan manja.Rambutnya dibelai
oleh papanya lembut.
“ Di mana ibunya pak?” Tanya Azlan ingin tahu.
“ Ibunya sudah lama meninggal ketika melahirkan Yuni,” kata Haji
Badjuri dengan nada yang agak sayu.Suasana sepi seketika.
“ Yok Yuni, kita ke dapur siapkan makanan buat papa dan mas
Azlan,” Kartika seperti tidak sanggup untuk mengingati pemergian
ibunya itu. Dia cepat-cepat mengajak Yuni ke dapur menyediakan
makanan yang telah siap dimasak. Azlan dan Haji Badjuri ditinggalkan
berduaan dengan cerita-cerita yang banyak menyentuh tentang perjuangan
menuntut kemerdekaan Republik Indonesia yang pernah dijajah oleh
Belanda.
Memang Haji Badjuri seorang pejuang kemerdekaan semasa
mudanya. Dia aktif berpolitik dan mempunyai pengetahuan agama yang
baik. Dan kini dia adalah salah seorang penceramah bebas yang terkenal
di Kalimantan Barat. Ceramah-ceramahnya pernah diikuti oleh ribuan
orang. Dia memang petah berbicara.Kata-katanya dapat membangkitkan
semangat menyanyangi bangsa, tanahair dan yang utamanya ialah Agama
Islam. Perbualan mereka terhenti seketika apabila Kartika menjemput
mereka ke ruang makan dan bicara mereka bersambung lagi selepas
itu.
“ Apa Azlan masih punya orang tua,adik abang atau kakak?”
“ Saya cuma punya ibu yang tinggal bersama dengan abang saya
yang tua. Bapa saya sudah meninggal semasa saya di luar negara,dua
orang adik saya masih belajar dan seorang lagi abang saya sudah bekerja
dan berfamili juga, untuk makluman bapak saya tidak punya saudara
perempuan,” terang Azlan.
“Kerana ibumu masih ada, bapak harap janganlah dia dilupakan
jagalah dia seperti mana dia menjagamu sejak kecil hingga dewasa dan
berjaya seperti hari ini. Tanpa pengorbanan nya, siapalah anak Azlan dan
siapalah kita?”
“ Saya mengerti pak,sangat mengerti. ”
“ Baguslah. Oh ya, berapa lama agaknya anak Azlan akan berada
di Kota Pontianak ini? Maafkan, bapak sekadar bertanya,”
“ Mungkin seminggu sahaja pak,” Jawab Azlan.
“Bayaran hotel tentunya mahal dan bapak mencadangkan supaya
anak Azlan tinggal saja di rumah ini mulai besok sehingga pulang, rumah
ini masih punya bilik yang kosong dan tidak dihuni oleh sesiapa, dan
bapak memang khaskannya untuk tetamu, moga ianya tidak sunyi dengan
kehadiranmu di sini.”
“ Tapi pak saya…..khuatir,”
“ Tidak ada tapinya, Azlan tidak perlu khuatir dengan jiran-jiran di
sini, semua mereka itu keponakan bapak, mereka tentu mengerti. Dan
besok bapak akan perkenalkan anak Azlan dengan mereka semua,”
“ Kalau begitu saya hanya menurut,”
“Bapak bukan apa, cuma ingin mengingatkan, kalau kita punya
wang yang banyak tetapi tidak bijak menguruskannya lambat laun wang
itu akan habis. Masa muda kita beringat-ingat sekurang-kurangnya untuk
bekalan di hari tua, bapak permisi dulu ya, nanti Kartika dan Yuni bisa
mengantar anak Azlan pulang ke hotel.” Haji Badjuri beredar ke biliknya
kerana dia sudah berasa mengantuk. Tinggallah Kartika dan Azlan di
ruang tamu itu. Adiknya Yuni terbaring sambil menonton siaran TVRI
yang menayangkan slot hiburan.
“ Aku tidak menjangka sebaik itu layanan papa mu terhadap kalian
dan juga aku yang baru dikenalinya,”
“ Dia sebenarnya telah lama mengenalimu, tetapi baru hari ini dia
dapat bersua muka, kau tidak perlu takut untuk berbicara dengannya
kerana dia seorang yang berfikiran terbuka,”
“ Dari mana dia mengenaliku?”
“ Dari gambar-gambar yang pernah aku tunjukkan kepadanya,”
ujar Kartika. Azlan lega dengan penjelasan itu.
“ Adakah dia merestui perhubungan kita ini?
“ Lihat sajalah reaksinya terhadap engkau Azlan, senang sekali dia
berbicara denganmu,”
“ Aku juga senang berbicara dengannya” balas Azlan sambil
melihat jam berjenama Polo di tangan kirinya. Sudah jam 11.00 malam.
Azlan menguap beberapa kali.
“ Apa engkau sudah keletihan Azlan,?”
“ Ya, tetapi engkau pun tentu kepenatan, besok engkau akan
bekerja,”
“ Tidak, aku juga sedang bercuti selama satu minggu,”
“ Kebetulan pula ya,”
“ Itulah, kadang-kadang perkara yang kita rencanakan tidak pernah
terjadi tetapi yang tidak direncanakan berlaku pula seperti yang
dihajatkan,”
“ Benar kata-katamu itu Ika, kerana penentu yang sebenar adalah –
Dia,”
“ Baiklah, mari aku hantarkan. Besok jam 10.00 pagi aku akan
menjemput mu lagi. Yok Yuni temankan kakak,” ajak Kartika sambil
mengambil kunci mobil yang terletak di atas meja.
Mereka menaiki mobil Kijang yang sudah dibasahi embun menuju
ke hotel. Kartika tidak takut untuk memandu di malam hari kerana
kenderaan pada ketika itu sudah berkurangan. Kota yang sesak dan sibuk
pada siang hari itu telah mulai sepi. Sesekali Azlan memandangke arah
deretan kedai yang diterangi dengan lampu neon berwarna warni.Tiga
papan tanda menjadi tandatanya di hatinya.
“ Apakah yang dimasudkan dengan perkataan warnet, wartel dan
apotik ?” Tanya Azlan ingin tahu.
“ Wartel itu singkatan bagi warung internet,wartel pula untuk
warung telefon dan apotik ialah kedai ubat atau farmasi. Yang pastinya
tentu ia tidak disebut sebegitu di Malaysia…..benar ngak ?”
“ Ya benar,” balas Azlan pendek ketika Mobil tersebut berhenti di
depan pintu masuk hotel. Mereka berpisah seketika.
Pada hari kedua Azlan telah diperkenalkan kepada jiran-jiran
tetangga yang berhampiran. Semua mereka kelihatan gembira sewaktu
Haji Badjuri memperkenalkannya. Azlan tidak terasa asing dengan
layanan yang diberikan.
Pendek kata, sepanjang Azlan berada di kota itu dia telah dilayan
dengan baik.Dia dibawa melawat ke merata-rata tempat menarik seperti
Istana Keraton, Muzium Negeri, Monumen Khatulistiwa dan pada hari
yang kelima Kartika membawa Azlan bersama-samanya ke Majlis Ulang
Tahun yang ke 10 Politeknik Negeri Pontianak. Pada malam itu juga
terdapat beberapa acara kebudayaan tradisional yang dipertontonkan
kepada hadirin.
Acara yang tidak dilupakan dan menjadi satu kemestian pada
malam itu ialah nyanyian dan tarian berirama dangdut. Irama itu adalah
merupakan satu bentuk hiburan yang sangat popular dan menjadi pilihan
utama bagi lapisan kelas menengah dan ke bawah di Indonesia. Malam
itu adalah malam yang menggembirakan. Ianya dimeriahkan lagi apabila
kebanyakan daripada dosen-dosen ( pensyarah-pensyarahnya ) turut sama
bergoyangan mengikut iramanya. Muziknya memang sedap didengar.
Walaupun begitu Azlan dan Kartika pulang sebelum majlis itu tamat.
Dalam perjalanan pulang, Azlan dan Kartika tidak banyak
berbicara. Mereka melayani kata hati masing-masing. Lusa Azlan akan
berangkat pulang. Dan tinggallah Kartika dalam penantian yang tidak
berpenghujung. Walaupun janji antara mereka telah diikat namun
persetujuan daripada Haji Badjuri mesti diperolehi sebelum tindakan
selanjutnya dibuat. Sesekali Azlan memandang ke arah Kartika yang
sedang memandu tanpa berkata apa-apa. Pandangan itu membuat Kartika
tidak senang duduk.Dia seakan gelisah.
“ Kenapa aku ditenung sebegitu rupa?”
“ Kerana lusa kita tidak akan dapat berpandangan lagi,”
“ Bukankah itu hanya sementara sahaja?”
“ Kerana sifatnya yang sementara itulah aku menjadi semakin
tidak sabar untuk memiliki mu Ika,”
“ Perasaan kita sama saja Azlan, Cuma yang membezakannya
ialah engkau dijadikan sebagai lelaki dan aku dijadikan sebagai
perempuan. Dan menurut adat di sini perempuan tidak pernah melamar
lelaki sebagai pasangan hidupnya yang sah.Yang memainkan peranan
utama ialah di pihak lelaki. Aku tidak bisa melakukan apa-apa. Aku
bolehlah diibaratkan seperti sekumtum bunga yang sedang mekar.
Kebugaran dan kemekarannya itu tidak akan membawa apa-apa erti
sekiranya tidak dipetik oleh jejaka yang mengimpikannya. Ia akan layu
dan terkulai jadinya. Untuk itu engkaulah yang seharusnya bertindak
dengan segera.”
“ Aku mengerti segala-galanya. Besok malam aku akan
mendapatkan kata persetujuan daripada papamu. Aku harap jawapannya
nanti akan menggembirakan kita berdua. ”
“ Memang itulah yang aku dambakan daripadamu, ” kata Kartika
dengan penuh harapan.
yang berada di belakang tiba-tiba dilanda perasaan sayu. Dia
terkenangkan ibunya.Kenangan-kenangan silam bersama ibu
kesayangannya itu tidak semena-mena telah mencuit hatinya dan kotak
ingatannya di saat-saat sebegitu. Airmatanya menitis. Haji Badjuri yang
mendengar esakkan Kartika menoleh ke sebelah kiri belakang
memandang ke arah anaknya itu dengan sedikit persoalan ingin tahu.Dia
tidak pernah menangis sampai begitu sebelum ini Tetapi hari itu dia
kelihatan amat berbeza.
“ Kenapa dengan mu Ika?” Tanya Haji Badjuri sebaik selesai doa.
“ Saya terkenangkan ibu….papa!” Sebak hatinya tidak dapat
dibendung lagi. Dia menangis semahunya. Menekup mukanya dengan
kedua belah telapak tangannya. Melihat itu, Haji Badjuri berensut
menghampiri anaknya dan menepuk-menepuk perlahan bahu anak
gadisnya itu. Seorang anak yang cukup sensitif sejak dari kecil lagi.
Mudah tersinggung dan suka sekali merajuk jika dimarahi.
“ Ika, kalau engkau mengingati ibumu, papa juga begitu. Yuni juga
begitu semuanya. Tetapi ,tangisan sahaja tidak mencukupi untuknya di
sana. Kita telahpun berdoa dan marilah kita sama-sama terus berdoa agar
rohnya tenang di sisi Allah yang maha pengasih dan maha penyayang,”
Pinta Haji Badjuri. Kata-katanya itu telah meredakan essakkan
Kartika dan kepiluannya. Azlan sekadar memandang sepi mencari ruang
untuk memulakan bicaranya. Azlan akan memberanikan diri untuk
menyampaikan apa yang dihajatinya selama ini. Moga-moga Haji Badjuri
akan mendengar bicaranya. Dijelingnya Haji Badjuri dengan ekor
matanya. Lingkaran biji-biji tasbih di jari tangan kanan Haji Badjuri
bergerak satu persatu. Kipas angin yang tergantung di atas siling
berputar pantas menyejukkan kamar solat tersebut. Ia nya sepantas degup
jantung Azlan pada masa itu. Sementara Kartika yang duduk bersimpuh
di sebelah papanya tunduk memandang sejadah. Azlan tidak sabar-sabar
untuk memulakan bicaranya. Dan sebaik sahaja Haji Badjuri meletakkan
tasbih di atas sejadah……
“ Bapak, saya akan pulang besok hari, dan selama saya di sini saya
dilayan dengan begitu baik. Saya sebenarnya tidak mempunyai apa-apa
untuk membalas budi yang telah bapak sekeluarga berikan itu. Melainkan
terima kasih yang tidak terhingga.” Ucap Azlan tertahan-tahan kerana
masih ada sesuatu yang lebih penting belum terkeluar dari mulutnya.
“ Ah , itukan perkara biasa, usahlah anak Azlan risaukan. Tidak
perlu dibalas dengan apa-apa. Pokoknya datang kemari anak berasa
gembira dan senang. Jika ada kekurangan bapak juga memohon maaf,”
Sambut Haji Badjuri.
“ Untuk pengetahuan bapak saya sebenar-benarnya mempunyai
hajat yang besar sejak dari awal lagi saya kemari.” Kata Azlan. Terhenti
sesaat sambil menarik nafas perlahan-lahan menahan degup jantungnya
yang dirasakan kian kencang.
“ Kalau begitu katakanlah biar bapak mendengarnya”
“ Perkara ini telah saya fikirkan semasak-masaknya dan saya telah
membuat keputusan untuk melamar Kartika sebagai isteri saya. Maafkan
saya sekira saya kurang beradat. Namun ini hanya cetusan awal dari hati
saya yang tulus sebelum berangkat pulang. Dan kiranya mendapat restu
daripada bapak maka saya akan kemari lagi dengan rombongan yang
lebih teratur. Itulah hajat yang ingin saya sampaikan itu. Maafkan saya
pak,” Tegas Azlan.
Haji Badjuri tidak terus menjawab. Dia memandang Kartika yang
tunduk membisu.
“ Sudikah engkau untuk bersamanya dunia dan akhirat ?” tanya
Haji Badjuri kepada anaknya Kartika.
“ Kalu bapak merelakan pastinya saya setuju. Tetapi begitulah pula
jika sebaliknya.”jawab Kartika menampakkan ketegasannya.
. “ Kalau itulah kemahuan anak Azlan, bapak tidak bisa
menghalangnya. Asalkan orang tuamu menyenangi kehadiran Kartika
nanti.
Setelah semuanya selesai, bapak berharap agar Kartika dapat
dijaga dengan sebaiknya walaupun di mana juga dia berada. Bapak tentu
tidak dapat menjaganya seumur hidup.Bapak sudah tua. Dan mati itu pula
adalah satu kemestian yang entah kapan akan tiba. Tidak ada sesiapa yang
mengetahuinya. Hasrat murni anak Azlan bapak sanjungi dan bapak
dengan senang hati merestuinya kamu berdua. Kebahagian anak-anak
adalah kebahagian ibu bapanya. Dan bapak akan turut merasa bahagia
jika jodoh kamu berdua dapat disegerakan dengan izin Allah.” Itulah
jawapan daripada Haji Badjuri semasa Azlan menyatakan hasratnya untuk
mengambil Kartika sebagai teman hidupnya. Sebaik sahaja kata-kata restu
itu diucapkan, Kartika lantas mencium tangan bapanya dengan lelehan air
mata gembira menitis lagi.
pada jam 11.00 pagi waktu Pontianak, Azlan sudahpun berada di
Lapangan Terbang Supadio 16 kilometer keluar dari kota itu. Dia
ditemani oleh Kartika dan adiknya Yuni. Pesawat penerbangan Mas F 50
sudah sedia menunggu penumpang-penumpangnya.
“ Tinggal dulu Yuni, dan jaga dirimu baik-baik,” kata Azlan
sambil mencuit hidung Yuni yang mancung itu.
“ Mas, kalau telah pulang ke Malaysia jangan lupakan kami ya,”
Yuni berpesan.
menahan sebak.
Dan Kartika entah bila pula sudahpun berada di dalam dakapan Azlan.
Dakapan perpisahan yang erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.
Sebelum dilepaskan, Azlan sempat berbisik:
“Keranamu Kartika, aku akan kembali lagi,”
mendengar bunyi hon kereta di luar pagar rumahnya.
“ Masuklah,” pelawa Azlan apabila kawan-kawannya itu muncul
di muka pintu.
“ Sibuk nampak ?” kata Mail sambil membetulkan kerusi untuk
duduk.
“ Taklah, dah siap pun kerja aku ni,” kata Azlan sementara
mengumpul kertas-kertas yang berselerak di atas meja di rung tamu
rumahnya.
“ Siap apa Lan?” tanya Mat.
“ Siap tulislah Mat,” balas Azlan pendek.
“ Tulis apa?” tanya Mat lagi.
“ Manuskrip novel,” sambung Azlan.
“Novel ?….Patutlah dah berbulan kau asyik mengelak untuk
keluar…..lama benar kita tak keluar minum bersama tau.. rupa-rupanya
inilah kerja engkau ya! apa tajuknya Lan? ” celah Mail.
“ Keranamu,”ujar Azlan pendek sambil menjeling ke arah Kartika yang
sentiasa tersenyum di sebelahnya sambil menuangkan kopi panas untuk
mereka malam itu.
BAB -12. KE BUMI KENYALANG
DAN KOTA PONTIANAK
Dia sudah sampai di Sarawak Bumi Kenyalang. Negeri yang penuh

mengumpul kertas-kertas yang berselerak di atas meja di ruang tamu
rumahnya.
“ Siap apa Lan?” tanya Mat.
“ Siap tulislah Mat,” balas Azlan pendek.
“ Tulis apa?” tanya Mat lagi.
“ Manuskrip novel,” sambung Azlan.
“Novel ?….Patutlah dah berbulan kau asyik mengelak untuk
keluar…..lama benar kita tak keluar minum bersama tau.. rupa-rupanya
inilah kerja engkau ya! apa tajuknya Lan? ” celah Mail.
“ Keranamu Kartika Panelo,”ujar Azlan pendek sambil menjeling ke arah Kartika yang
sentiasa tersenyum di sebelahnya sambil menuangkan kopi panas untuk
mereka malam itu.

No comments:
Post a Comment