
BAB – 5. UNDANGAN
“ Hai Komang ! ” Sapa seorang gadis manis berambut keperangan menuju ke arah Azlan sambil menghulurkan tangan untuk dijabat. Azlan kelihatan terpinga-pinga. Tanpa disedari tangan mereka sudah melekat erat.
“ Komang ?” tanya Azlan kehairanan.
“ Ya, Komang ! Kenapa ?” Soal dia pula.
Azlan semakin bingung. Dia menggaru-garu kepalanya. Dia memerhati sekelilingnya. Teman-temannya yang lain sibuk berbual dengan pelajar-pelajar yang baru mereka kenal. Malam itu ialah malam untuk pelajar-pelajar dari dua buah universiti yang mengambil jurusan bahasa berjumpa dan berbincang. Pelajar-pelajar dari Malaysia dijemput sama oleh presiden pelajar universiti itu sebagai tanda perhormatan dan untuk bertukar-tukar pendapat serta berkenalan dengan lebih mesra lagi.
“ Saya bukan Komang saya Azlan pelajar dari Malaysia .” Balas Azlan serius.
“ Dan saya ialah Sheryn Ann Mewett pelajar dari Australia pengkhususan dalam bahasa antara bangsa terutamanya bahasa di kepulauan Borneo. Saya boleh berbahasa Indonesia tetapi agak sukar memahami bahasa Malaysia kerana daileknya yang jarang saya temui dan tidak berpeluang menuturkannya. Perkenalan dengan kamu adalah sesuatu yang baik. Saya rasa beruntung sekali.” Balas Sheryn.
“ Habis kenapa aku dipanggil dengan nama Komang ?” Soal Azlan lagi mahukan penjelasan.
“ Kerana gaya kamu seperti dia !” Jawab Sheryn.
Dia terus menarik tangan Azlan ke suatu sudut yang agak jauh dari kebisingan . Mereka keluar dari dewan kafeteria yang dipenuhi lebih kurang dua ratus orang semuanya. Azlan hanya mengikut sahaja gadis yang baru dikenalinya itu tanpa banyak soal.
“ Siapa itu Komang ?” Tanya Azlan lagi sambil menghempaskan punggungnya di kerusi . Mata mereka bertentangan. Azlan sudah mula berlagak seperti seorang penyiasat persendirian. Bertanya itu dan ini.
“ Seorang kawan.” Ujar Sheryn pendek sambil menundukkan mukanya memandang ke lantai jubin yang berkilat disimbah cahaya.
“ Kamu terlalu banyak bertanya.” Sheryn menuding jari telunjuknya ke arah Azlan.
“ Salahkah kalau saya bertanya ? kamu sebenarnya telah membuat saya dalam keadaan tertanya-tanya dan saya keliru.” Balas Azlan lagi. Rokok Marlboro disedup perlahan. Hembusan asapnya melewati muka Sheryn. Dia mngibas-ngibas tangannya mengelak dariasap tersebut.
“ Maafkan saya .” Pinta Azlan sebaik menyedari keadaan tersebut.
“ Oh ! tidak mengapa.” Balas Sheryn sambil membetulkan duduknya.
“ Soalan yang saya utarakan belum lagi berjawab…” Kata Azlan.
“ Atau perlukah saya mengulanginya beberapa kali lagi sebelum engkau memberikan jawapan?” Azlan mendesak.
“ Errr ! sebenarnya Komang ialah kenalan saya di Bali semasa mengadakan kunjungan singkat ke Indonesia setahun yang lalu. Puas hati ? ” Tanya Sheryn .
“ Itu sahaja ? ” Azlan mencungkil lagi maklumat dari gadis manis di depannya.
“ Errr! Saya rasa itu sahaja dan tiada yang lagi selain dari itu.” Jawab Sheryn seperti menyembunyikan sesuatu yang tidak terluah.
“ Penjelasan semudah itu sesungguhnya tidak mencukupi.” Ucap Azlan.
“ Kenapa..dan perlukah saya menceritakan segala-galanya di malam pertama perkenalan kita ? Sheryn pula membalas pertanyaan.
“ Tidak salahkan ?…. kamu tahu, setiap pertemuan itu punya ceritanya yang tersendiri. Seseorang tidak akan dapat melupakan kenangan manis yang telah dilaluinya. Pun begitu, kenangan pahit juga sukar untuk dihilangkan dari ingatan. Dan saya yakin kerana antara keduanyalah kita di sini sekarang . Kehadiran saya mungkin telah mengimbas kembali hubungan anda berdua di Bali. Kerana itu saya dipanggil Komang. Dan rasa bertuah kerana telah mendapat nama kedua selain dari nama asal yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya sejak kecil. Terima kasih .” Jelas Azlan.
Perbualan mereka terhenti apabila mendengar satu pengumuman dari kafeteria yang menjemput pelajar-pelajar Malaysia untuk membuat persemhan.
“ Anda dikehendaki di sana” Beritahu Sheryn.
“ Kalau begitu saya permisi dahulu.” Dia melangkah laju diiringi Sheryn ke dalam dewan.
Mahu tidak mahu , Azlan dan Khalid terpaksa ke depan khalayak. Azlan membisikkan sesuatu kepada juruacara majlis. Seketika kemudian mereka diberikan dua buah gitar. Affendi meloncat sama ke depan. Mereka memainkan lagu Pak ketipak ketipung. Lagu berirama joget yang selalu mereka mainkan di flat beramai-ramai.
Tatkala lagu dimainkan , Neng dan Salmah ditarik oleh Rizal dan Helmi untuk berjoget. Majlis ketika itu gamat diulit kegembiraan, apabila sekumpulan pelajar turut sama menari bergilir-gilir pula dengan Ayu dan Maimunah.
Azlan sempat menjeling Sheryn di hadapannya yang sentiasa senyum dan bertepuk tangan tetapi tidak turut serta menari. Tepukan begitu bergemuruh sebaik selesai persembahan itu. Sheryn meluru mendapatkan Azlan. Mukanya jelas terpancar kegembiraan apabila pancaran lampu dihalakan kepada mereka.
“ Kan sudah saya katakan dari tadi…!” Sheryn membisikkan ketelinga Azlan lagak mereka seperti telah kenal lama.
“ Katakan apa…?” Tanya Azlan sedikit membongkok untuk mendengar dengan lebih jelas kerana kebisingan muzik rock seperti mahu memecahkan telinga pendengar-pendengarnya.
“ kamu…memang seperti Komang yang kenali.” Jawab Sheryn.
“ Oleh kerana terlalu kerap anda menyebut nama itu, kali ini saya benar-benar yakin bahawa terdapat sesuatu yang menarik di antara kamu berdua di satu masa dahulu. “ Tegas Azlan menghala ke kerusi untuk meneguk minuman.
“ Selain dari itu….? ” Tanya Sheryn pula.
“ Selain dari itu, saya rasa kamu sudah tertarik hati dengan saya. Mungkin semua itu sekurang-kurangnya setanding dengan pemuda yang pernah kau kenali dan membayangi mu selalu …..! ”
Ucap Azlan persis seorang peramal profesional.
“ Tidak benar…! .” Celah Sheryn menyangkal kata-kata itu.
“ Kalaupun tidak benar sepenuhnya, tetapi yang sedikit itupun memadai kan ? ” tegas Azlan mempertahankan kenyataannya. Sheryn tunduk lagi dalam senyuman.
“ Kamu terlalu banyak soalan dan telahan. Saya sendiri belum sempat mengemukakan soalan mengenai diri anda.” Kata Sheryn mengalih perbualan.
“ Perlu kah itu semua ? Tanya Azlan merenung tajam ke dalam mata berwarna biru Sheryn yang tidak berkelip sedikit pun untuk beberapa saat.
Sheryn meneguk air didepannya. Dia sedang mencari jawapan yang akan menghentikan sementara pertanyaan-pertanyaan daripada Azlan.
“ Ya… ! sudah pasti saya ingin mengetahui sesuatu dari mu. Kalua tidak apakah erti perkenalan….adakah dengan hanya bersalaman ,lalu hilang begitu saja boleh dikatakan perkenalan…?” Sheryn memulakan hujahnya.Azlan hanya menganggukkan kepalanya mengiakan.
“ Apabila seseorang bertemu samaada dengan sengaja atau kebetulan, pertemuan itu sebenarnya adalah ketentuan. Jadi mahu tidak mahu terpulanglah kepada kita samaada mahu berjumpa, menegur sapa atau tidak, seperti yang mana saya mendekati kamu sebentar tadi. Katakan saya tidak menemui kamu suadh pasti kita tidak mengenali antara satu sama lain.” Terang Sheryn dengan senyuman yang semakin manis di dalam suasana kelam lampu neon di penjuru dewan itu.
“ Anda bercakap mengenai ketentuan.Tahukah anda bahawa ketentuan itu bukan dari anda , tetapi dari Yang Maha berkuasa ? ” Azlan mengajukan soalan yang menguji sejauh mana pengetahuan Sheryn mengenai ketentuan yang diucapkannya tadi.
“ Mana mungkin dari yang lain. Ia berlaku dengan kehendak hati saya sendiri. Malah tidak ada sesipa yang mengrahkan saya.” Bantah Sheryn.
“ Benar , naluri dan perasaan anda berkehendakkan begitu. Tetapi siapa kah yang menggerakkan itu semua sehingga anda berupaya melangkah dengan baik menuju ke arah saya ?” Tanya Azlan lagi.
“ Satu kuasa dalam diri mungkin….! .” Celah Sheryn sambil mengangkat kedua bahunya.
“ Yang saya tahu dan faham, kita tidak punya apa-apa cuma yang ada hanyalah bekalan akal. Kamu seperti telah lupa bahawa segala yang tejadi adalah dengan kehendak dan ketentuandar Nya.” Terang Azlan lagi.
“ Adakah kamu seorang Muslim? Tanya Sheryn apabila Azlan mengaitkan denagn Yang Maha Esa.
“ Ya. Memang saya seorang Muslim. ” Azlan mengiakan soalan Sheryn.
“ Kalau begitu etntu anda sudah mempunyai satu pegangan, satu kepercayan yang dikira mantap. Sedangkan saya masih mencari-cari sesuatu yang saya sendiri kurang pasti. Tentu banyak yang boleh saya perolehi ari perkenalan kita ini, Tetapi di dalam keadaan yang hingar-bingar ini, Saya ingat ianya tidak sesuai untuk kita memperbincangkan topik-topik menarik. Lagi pun ini adalah malam perkenalan yang singkat buat kita.” Ucap Sheryn.
“ Saya sendiri tidak pasti apa yang dapat saya berikan pada anda. Kerana sayajuga masih mencari dan cuba mengenali diri saya sendiri.” Ujar Azlan.
Sheryn membelek-belek sesuatu dari beg sandangnya. Sekeping kad dihulurkan pada Azlan. Kad itu mengandungi nama , alamat dan nombor telefonnya.
“ Saya berharap kita akan berjumpa lagi nanti. Saya begitu menyenangi sikap anda yang tidak jemu-jemu berbicara dan memberi pendapat walaupun ini adalah kali pertama kita ketemu. Anda seorang yang peramah dan baik hati bagi saya.” Kata Sheryn sambil bersalaman dengan Azlan. Dia melangkah meninggalkan dewan malam itu denga perasaan gembira.
Azlan tersedar dari duduk apabila bahunya ditepuk dari belakang.
“ Eh ! engkau Khalid, terkejut aku .” Azlan menoleh kearah kawannya.
“ Aku lagi terkejut ! Tengok-tengok kawan aku dah hilang dengan mak we cantik pulak tu! Aku bukan apa Lan ,aku takut engkau tu dicolek ! ” Ucap Khalid bergurau.
“ Dia yang ajak aku ke sini. Banyak juga yang dibincangkan mengenai kemanusiaa dan sembang-sembang. Kat dalm tu bising sangat. ” Balas Azlan.
Seketika kemudian Affendi datang dengan kawannya yang lain. Mereka menuruni bangunan dua tingkat itu gembira.
“ Hai gang !” Sapa Paul Malone pensyarah mereka yang turut serta dalam pasrti malam itu.
“ Sudah saya katakan, bahawa kamu semua pasti gembira, asalkan tidak malu untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sini.” Sampuk Paul lagi.
“ Memang tepat jangkaan tu, kami sangat gembira malam ini. .” Celah Affendi dengan tersengih-sengih menampakkan sebaris giginya yang putih.
“ Lihat saja Azlan , saya rasa dia sudah mula terpikat dengan seseorang tanpa diduga dan itu sudah cukup untuk permulaan !” Balas Paul Malone sambil ketawa kecil memandang ke arah Azlan dan yang lain-lain.
Mereka kemudiannya meneruskan langkah yang terhenti sebentar tadi menuju ke perhentian bas dari arah yang berbeza.

No comments:
Post a Comment